Jumaat, 7 November 2008

soalan spot bagi subjek makroekonomi

Sebagai sokongan moral dan bantuan maklumat untuk menghadapi ujian mata pelajaran Ekonomi kertas 2 tahun ini, maka saya perturunkan tajuk-tajuk yang boleh dijadikan asas untuk meramal soalan-soalan yang mungkin keluar dalam peperiksaan STPM dan peperiksaan percubaan tahun ini khususnnya

TOPIK-TOPIK RAMALAN EKONOMI 2 (STPM) 2008

1

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Konsep Pendapatan Negara (PN), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Negara Bersih (KNB)

► Konsep KNK Benar dan KNK Nominal

Pendapatan Individu dan Pendapatan Boleh guna

► Konsep dan Menghitung Pendapatan Perkapita

► Nilai ditambah

► Kaedah mengira Pendapatan Negara

► Masalah menghitung Pendapatan Negara

Membandingkan taraf hidup / pendapatan perkapita antara negara.

► Kegunaan data Pendapatan Negara.`

2

KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA.

► Konsep Kecenderungan mengguna (MPC) & menabung marginal (MPS)

► Fungsi tabungan, fungsi penggunaan dan fungsi perbelanjaan aggregat

Faktor, kesan dan langkah menggalakkan ”C”, ”S” dan ”I”.

► Konsep pengganda dan prinsip pencepat.

► Aliran pusingan pendapatan.

► Keseimbangan pendapatan negara – pendekatan AE-AS, S-B dan AD-AS

Kesan perubahan perbelanjaan agregat ke atas tingkat keseimbangan PN

► Kesan perubahan angkubah bocoran ke atas tingkat keseimbangan PN

Keluk AD/AS, Kesan perubahan AD /AS ke atas tingkat keseimbangan PN

► Jurang KNK, Lompang inflasi, Lompang deflasi dan langkah mengsatasinya

3

WANG, BANK, HARGA DAN DASAR KEWANGAN.

► Sistem Barter

► Konsep dan jenis-jenis penawaran wang

Fungsi wang

► Teori kuantiti wang Fisher dan teori permintaan wang Keynes

► Penentuan kadar bunga.

Kesan perubahan penawaran wang ke atas aktiviti ekonomi

Konsep, Pengiraan dan masalah pengukuran indeks harga dan nilai wang

Hubungan nilai wang dengan penawaran wang.

► Jenis-jenis dan fungsi institusi kewangan dan bank.

Dasar Kewangan dan Perlaksanaannya

► Nisbah Rizab, Proses dan had-had penciptaan wang kredit.

4

MASALAH EKONOMI DAN DASAR FISKAL

► Inflasi - Sebab-sebab, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi

► Pengangguran - Konsep, sebab-sebab, kesan dan langkah-langkah membasminya

► Stagflasi - Konsep, sebab-sebab langkah-langkah mengatasi

► Pertumbuhan ekonomi - Konsep, faktor mempengaruhi / mengahalang

► Pertumbuhan ekonomi

Struktur Ekonomi Malaysia.

Belanjawan dan hutang negara

► Dasar Fiskal

5

PERDAGANGAN DAN PEMBAYARAN ANTARABANGSA

Konsep faedah berbanding

Sebab wujud PAB

Pengkhususan, keuntungan dan had-had perdagangan antarabangsa

Konsep, penentu dan langkah-langkah memperbaiki kadar syarat perdagangan

Sebab-sebab, kesan-kesan dan langkah-langkah sekatan perdagangan bebas

Struktur Imbangan Perdagangan, Imbangan Perkhidmatan, Imbangan akaun semasa, akaun modal dan Imbangan Pembayaran

Sebab, kesan defisit Imbangan Pembayaran dan langkah untuk memperbaikinya

Devaluasi

► Faktor permintaan mata wang asing

Penentuan kadar tukaran asing, kadar tukaran tetap dan kadar tukaran fleksibal

Terkurang nilai mata wang (deprisiasi), susut nilai

Tiada ulasan: