Khamis, 4 Disember 2008

tuan blog dah merdeka.....

alhamdulillah ...sekarang tuan blog dah habis exam....segalanya berjalan dengan lancar......tuan blog pun dah tak ingat nak cerita pengalaman tuan blog bagi 2 minggu lepas...apa pun tuan blog nak citer sikit la bagi kertas PA1...bagi tuan blog soalan pa tu tak ada la susah sangat....last paper bagi tuan blog ialah kertas bahasa arab....soalan pun nak kata susah sangat tu tak adalah....sederhanalah....selepas ni tuan blog tak lagi masukan apa2 data berkenaan dengan subjek stpm ...sekarang tuan blog nak fokus kepada kehidupan tuan blog seterusnya.....MERDEKA3X.....harap -harap soalan spot yang ada pada blog tuan blog dapat digunakan oleh pelajar stpm 09.....lepas ni tuan blog nak buat blog lain plak...tak pikir lagi....tapi plan tu dah ada....ok lah sampai disini saja tuan blog bercoleteh.....salam kejayaan buat semua.....assalamualaikum...

Khamis, 20 November 2008

soalan spot sejarah 2....

untuk mendapat soalan spot sejarah 2 klik pada catatan lama dibawah sekali....

pengalaman tuan blog minggu ke 2 exam

salam semua....
kini sudah masuk minggu kedua kita mengambil exam stpm 08....bermacam-macam kerenah tuan blog dpt lihat dari perlakuan kawan2 blog sepanjang mengambil stpm ni.....ada yang gembira,ada yang menangis,senyum2 kambing n muka orang bedebar....kelakar pun ada...itu adat dalam exam...tuan blog nak cerita dulu exam yang tuan blog ambil...hari isnin tuan blog ambil exam syariah 2....soalan ini agak mencabar juga tetapi tidah susah suntuk skor mendapat A...sebab kebanyakan lebih kepada soalan KBKK...fahamkan apa itu KBKK....??hari tu kawan2 kepada tuan blog semua tersenyum kegembiraan....boleh jawab la tu....yang dispot pun memang masuk...tuan blog nak cerita pula hari selasa...kali ini memang mencabar gila....tahu2 sajalah subjek pa 2...hari tuan blog lihat kawan2 blog semua sedih.....hasil kajian tuan blog,mereka kata soalan tahun ini memang berlainan dan kebanyakan tidak dapat menyiapkan graf....kata mereka tidak mendapat data yang betul.....bagi soalan bahagian e pula ,tahun ini agak pelik juga kerana bahagian ini soalan pilihan memang tidak diberi dan menjadi wajib pula untuk dijawab...soalan pola pula memang tidak dikeluarkan.......bagi tuan blog pula alhamdulillah kerana dapat menjawab dengan baik dan siap semuanya..tapi tak tahu la betul atau tidak.....habis jer paper ni...lebih katakan separuh yang sedih dan ada juga yang menangis.....macam tuan blog katakan tadi....diaorang tak dapat nak siapkan jawapan mereka.....bagi hari rabu pula ialah kertas sejarah 1.....pengalaman tuan blog pada mula2 ambil kertas ni ialah selepas jer buka kertas ,tuan blog mengiling kepala....nak tau ke knp?bahagian A tuan x satu pun yang tuan blog baca masuk...lama juga tuan blog pikir nak cari isi...lama apabila tuan blog dah faham soalan,alahamdulillah idea untuk tuan blog buat jawapan datang kerana ada juga persamaan dari apa yang tuan blog baca contoh soalan lima.....bahagian b alhamdulillah tuan blog tidak la mengalami kesukaranya.......boleh la....hehehe....itu saja yang dapat tuan blog kupaskan minggu ini......salam...

Khamis, 13 November 2008

mana lagi soalan spot?

salam...bagi yang ingin mendapat soalan spot sebelumnya bolehlah merujuk nya dengan klik pada catatan lama .perkataan ini ada dibawah sekali..

soalan spot bagi pengajian am 2

bagi subjek pa 2 ni tidak la banyak soalan di spot.sebabnya subjek ini terlalu umum dan sukar di ramal.tetapi mungkin ada persamaan.contohnya tentang alam sekitar bagi laras sains.soalan ini begitu agak famous.manakala laras bahasa pula mungkin soalan nya berkaitan dengan isu2 semasa.....

ESEI

laras sastera
  1. terdapat pelbagai faktor mempengaruhi taraf hidup rakyat di malaysia.bincangkan.
  2. kebelakangan ini isu rasuah telah di beri perhatian oleh pihak kerajaan dlm usaha utk meningkatkan tabirurus agensi kerajaan .pelbagai usaha tlh diambil oleh kerajaan untuk membendung gejala rasuah namun apa yang jelas sikap individu menjadi penyumbang yang penting kepada usaha ini.jelaskan.
  3. usaha menangi tabiat merokok dalam kalangan generasi mudatidak semata-mata melalui program kempen anti merokok .sesungguhnya perlu disedari bahawa gejala negatif ini wajar ditangani melalui pelbagai pendekatan.bincangkan penyataan ini.
  4. pd masa negara dilanda krisis kenaikan harga beras kini ,maslah tanah terbiar masih berlaku .bagi memastikan pembaziran sumber ini tidak berlaku usaha praktikal adalah perlu .jelaskan penyataan ini.
  5. peperangan yang berlaku membebankan negara jiran dgn isu pelarian.selain itu negara yang terlibat dalam kancah ini terpaksa menanggung kesan sosial yang teruk.huraikan
laras sains

  1. tdpat pelbagai faktor yg mempengaruhi peningkatan usia rakyat di negara ini .hal ini menimbulkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan warga tua.jelaskan pernyataan diatas.
  2. belakangan ini bencana alam sering berlaku dan membawa kesan kepada kehidupan di bumi.jelaskan pernyataan diatas.
  3. menurut kajian ,faktor persekitaran dikesan menjadi punca kpd penularan wabak penyakitfaktor ini meliputi kawasan tempat tinggal penduduk bandar dan luar bandar.jelaskan penyataan diatas.
  4. wabak penyakit bawaan serangga terus mengancam nyawa manusia sejak zaman berzaman hingga kini.wabak ini menyerang mangsa tanpa mengira usia mahupun tempat tinggal.bincangkan punca2 wabak di atas boleh berlaku...
tips untuk mengarang:

banyak org fikir bagaimana untuk mengarang esei dengan baik.saya ada tekniknya..
  1. bagi menhuraikan isi esei,gunakan kaedah-apakah,bagaimana dan kenapa.....
  2. isi mesti ada empat
  3. pendahuluan dan penutup tidak perlu panjang.boleh diubah dari tajuk atau ambil terus.
bahagian d

  1. carta pai
  2. garis komponen
  3. graf garis memesong

tuan blog pun nak soalan spot

salam...bagi sesiapa nak kongsi soalan spot dgn tuan blog bolehlah bbuat demikian :

telefon atau sms:0139007346
email:syah_cool89@yahoo.com.my

kalau ada kongsi la eh......nak sangat.....

soalan spot bagi sejarah 1

tema 1:manusia dan masyarakat

  1. peranan dan pengaruh alam sekitar kepada kehidupan manusia prasejarah
  2. corak kehidupan manusia pd zaman prasejarah-cara ahli kaji purba membezakan
  3. faktor2 yg membawa perubahan kebudayaan paleolitik dan kebudayaan neolitik
  4. kepentingan revolusi pertanian kpd zaman neolitik
  5. kepentingan zaman neolitik kpd tamadun manusia
  6. ciri2 masy bertamadun
  7. organisasi sosial
  8. sistem tulisan
  9. kepentingan sungai
  10. agama dan kepercayaan
tema 2:pemerintahan dan pentadbiran

  1. negara kota mesopotamia dan yunani
  2. sistem pemerintahan republik
  3. sistem pemerintahn demokrasi yunani
  4. negara bangsa di eropah
  5. alam melayu ,india dan china
ketahanan dan pertahanan

  1. strategi peperangan yg dgunakan zaman tamadun awal
  2. organisasi sosial -rom,india,china ,alam melayu
  3. pemikir2 ketenteraan china,india,barat
  4. teknologi peperangan yunani,rom,china
  5. perang salib
ekonomi

  1. sara diri,komersial dan kapitalisme
  2. sistem ekonomi feudal di eropah
  3. komersial
  4. kapitalisme
  5. perbandingan sistem ekonomi kapitalis-islam
bahagian B

Tema 1:manusia dan masyarakat

  1. agama dan kepercayaan
  2. struktur dan ciri2
  3. konsep agama dan ketuhanan -perbandingan
  4. perubahan yg berlaku slps kdatangan islam
  5. konsep manusia mengikut perspektif al quran/islam
  6. konsep agama n ketuhanan-perbandingan
  7. penentangan masya makkah thdp nabi
  8. konsep ummah
  9. masy islam pd zaman khulafa' al rasyidin-khlifah umar abdul aziz
  10. masy islam dzaman bani umaiyah
  11. masy islam di alam melayu
pemerintahan dan pentadbiran

  1. shahifah madinah
  2. peranan majlis syura
  3. nabi Muhamad-nabi ,rasul,negarawan
  4. perbandingan dasar pemerintahan khulafa al rasyidin n bani umaiyah
tema 3:ketahanan dan pertahanan

  1. sejarah pembenkan tentera islam abad ptama hijrah
  2. perang uhud,hunain
  3. konsep jihad m holy war
  4. taktik dan strategi peperangan
tema 4:ekonomi

  1. baitulmal
  2. zakat
  3. kharaj
  4. sejarah pkembangan mata wang islam

subjek syariah dah berlalu

salam....
rasanya dah lama tuan blog masukan catatan dlm blog ni....sebenarnya tuan blog x dpt berbuat demikian kerana berada di asrama....hujung minggu begini tuan blog pulang kerumah...sebenarnya tuan blog nak ceritakan la sedikit tentang pengalaman pertama tuan blog mnempuhi exam subjek syariah....nampaknya hanya 50 % saja yg dispot masuk...untuk pengaetahuan semua soalan yg dispot bukan la tuan blog memandai ,tetapi merupakan hasil perbincangan dengan kawan2 dan guru2 sekolah tuan blog...agak mendebar kan juga sms mghadapi exam tu...cuma yg tuan blog sedih ,bahagian usul fiqh saja bagi soalan yg dispot tidak masuk...tapi tuan blog tidak la terlalu menekan soalan yg dispot...bagi subjek syariah tuan blog dpt jwb bg bahagian a ,nombor 1(jual beli-sighah),2(ijarah),3(talak)...rasa2nya dpt la tuan blog jawab....doakan lah eh semua...nak cerita plak bagi bhgn b,tuan blog jawab soalan nombor 7(hukum taklifi) dan 10(musyakah)...sebenarnya tuan blog nak jwb soalan nombor 8...tapi tuan blog tidak terlalu menekankan tajuk ini,sebabnya tuan blog merasakan istihsan yang bakal masuk...
tuan blog nak korang share la soalan spot yg belum masuk lagi bagi tahun ini,mungkin boleh dibawa ke tahun depan.....itu saja ceritanya....nanti tuan blog sambung cerita tuan blog untuk minggu depan...nantikan cerita terhangat ini....huhu...

Jumaat, 7 November 2008

pesanan penulis blog...

salam....
mulai minggu ini saya akan hentikan sebentar untuk memasukan soalan spot kerana disebabkan saya tinggal diasrama...insyaALLAH hujung minggu ini saya akan masukan soalan spot bg subjek lain....doakan kejayaan saya dalam stpm 08 ini semua...peperiksaan saya bermula pada 12/11 bagi subjek syariah 1....semoga berjaya semua...

soalan spot bagi subjek makroekonomi

Sebagai sokongan moral dan bantuan maklumat untuk menghadapi ujian mata pelajaran Ekonomi kertas 2 tahun ini, maka saya perturunkan tajuk-tajuk yang boleh dijadikan asas untuk meramal soalan-soalan yang mungkin keluar dalam peperiksaan STPM dan peperiksaan percubaan tahun ini khususnnya

TOPIK-TOPIK RAMALAN EKONOMI 2 (STPM) 2008

1

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Konsep Pendapatan Negara (PN), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Negara Bersih (KNB)

► Konsep KNK Benar dan KNK Nominal

Pendapatan Individu dan Pendapatan Boleh guna

► Konsep dan Menghitung Pendapatan Perkapita

► Nilai ditambah

► Kaedah mengira Pendapatan Negara

► Masalah menghitung Pendapatan Negara

Membandingkan taraf hidup / pendapatan perkapita antara negara.

► Kegunaan data Pendapatan Negara.`

2

KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA.

► Konsep Kecenderungan mengguna (MPC) & menabung marginal (MPS)

► Fungsi tabungan, fungsi penggunaan dan fungsi perbelanjaan aggregat

Faktor, kesan dan langkah menggalakkan ”C”, ”S” dan ”I”.

► Konsep pengganda dan prinsip pencepat.

► Aliran pusingan pendapatan.

► Keseimbangan pendapatan negara – pendekatan AE-AS, S-B dan AD-AS

Kesan perubahan perbelanjaan agregat ke atas tingkat keseimbangan PN

► Kesan perubahan angkubah bocoran ke atas tingkat keseimbangan PN

Keluk AD/AS, Kesan perubahan AD /AS ke atas tingkat keseimbangan PN

► Jurang KNK, Lompang inflasi, Lompang deflasi dan langkah mengsatasinya

3

WANG, BANK, HARGA DAN DASAR KEWANGAN.

► Sistem Barter

► Konsep dan jenis-jenis penawaran wang

Fungsi wang

► Teori kuantiti wang Fisher dan teori permintaan wang Keynes

► Penentuan kadar bunga.

Kesan perubahan penawaran wang ke atas aktiviti ekonomi

Konsep, Pengiraan dan masalah pengukuran indeks harga dan nilai wang

Hubungan nilai wang dengan penawaran wang.

► Jenis-jenis dan fungsi institusi kewangan dan bank.

Dasar Kewangan dan Perlaksanaannya

► Nisbah Rizab, Proses dan had-had penciptaan wang kredit.

4

MASALAH EKONOMI DAN DASAR FISKAL

► Inflasi - Sebab-sebab, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi

► Pengangguran - Konsep, sebab-sebab, kesan dan langkah-langkah membasminya

► Stagflasi - Konsep, sebab-sebab langkah-langkah mengatasi

► Pertumbuhan ekonomi - Konsep, faktor mempengaruhi / mengahalang

► Pertumbuhan ekonomi

Struktur Ekonomi Malaysia.

Belanjawan dan hutang negara

► Dasar Fiskal

5

PERDAGANGAN DAN PEMBAYARAN ANTARABANGSA

Konsep faedah berbanding

Sebab wujud PAB

Pengkhususan, keuntungan dan had-had perdagangan antarabangsa

Konsep, penentu dan langkah-langkah memperbaiki kadar syarat perdagangan

Sebab-sebab, kesan-kesan dan langkah-langkah sekatan perdagangan bebas

Struktur Imbangan Perdagangan, Imbangan Perkhidmatan, Imbangan akaun semasa, akaun modal dan Imbangan Pembayaran

Sebab, kesan defisit Imbangan Pembayaran dan langkah untuk memperbaikinya

Devaluasi

► Faktor permintaan mata wang asing

Penentuan kadar tukaran asing, kadar tukaran tetap dan kadar tukaran fleksibal

Terkurang nilai mata wang (deprisiasi), susut nilai

Rabu, 5 November 2008

soalan spot bagi syariah 2

ini tajuk yang perlu diberikan penekanan:

AYAT AHKAM
  1. larangan memakan harta orang
  2. Kelebihan akhirat drpd dunia kpd seseorg muslim
  3. talak ,iddah dan rujuk dalam islam
  4. amanah
  5. pengurusan sumber ekonomi
  6. sumpah dengan nama Allah
  7. hukum zihar dan kafarahnya
  8. adab menziarah rumah orang
  9. haram makan riba
  10. qisas
HADIS AHKAM

  1. Iman bertambah dan berkuarang
  2. kepimpinan dan politik
  3. kelebihan menjaga hubungan keluarga
  4. penertaan wanita di
  5. medan perang
  6. hukuman tehadap pencuri
  7. hutang jenazah
  8. iman bertambah dan berkurang

Selasa, 4 November 2008

soalan spot bagi sejarah 2

salam....
hari ini saya nak masukan pula soalan spot bagi subjek sejarah 2....

  1. huraikan peranan yg dimainkan oleh golongan yang diperintah dalam struktur masyarakat melayu sblm kdtangan penjajah
  2. jelaskan perjalanan sistem perhambaan dalam masyarakat melayu sebelum kedatangan penjajah
  3. huraikan perubahan yang diperkenalkan oleh residen ke negeri melayu tahun 1874-1896
  4. bincangkan sistem pendidikan di tanah melayu sehingga tahun 1941
  5. kemunculan masyarakat majmuk di tanah melayu di sebbkan oleh perkembangan industri getah dan bijih timah.bincangkan
  6. jelaskan bagaimana isu penagihan kuasa pusat 1930 an telah menimbulkan kesedaran politik dikalangan orang melayu
  7. huraikan dasar pendidikan di tanah melayu antara tahun 1953-1963
  8. huraikan sistem pemerintahan beraja di myammar dan thailand sebelum kedatangan kuasa barat
  9. huraikan usaha yang dilakukan oleh masyarakat china dan india dalam memajukan ekonomi myammar dan thailand
  10. bandingkan reaksi masyarakat china dan jepun terhadap kehadiran kuasa barat ke negara mereka pada pertengahan abad ke 19
  11. huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di thailand 1910-1932 dan indonesia 1910-1935
  12. bincangkan perkembangan diluar asia tenggara yg mberi kesan kpd gerakan nasioanalisme di asia tenggara
  13. jelaskan kepentingan gerakan 4 mei 1919 di china dan revolusi siam 1932
  14. jelaskan pemodenan yang dicapai oleh jepun berbanding dgn china
  15. bincangkan gerakan anti jepun di malaysia antara tahun 1942-1945
  16. masyarakat sebelum kedatangan british bukan lah masyarakat pertanian semata2.bincangkan
  17. jelaskan faktor yg mbawa kpd penentangan pduduk perak dan pahang thdp plaksanaan sistem residen thn 1874
  18. mengapa british memperkenalkan sistem residen 1874
  19. jelaskan perjuangan reformis islam dlm gerakan kesedarn politik org melayu
  20. galorkan perkembangan politik yg membawa kpd penistiharan malaysia 1963
  21. peranan pembesar dalam sistem sosial tokugawa dan manchu
  22. dasar tutup pintu yg diamalkan di thailand dan vietnam abad ke 19
  23. struktur sosial masyarakat melayu
  24. jelaskan mengapa tentera jepun mudah kuasai tanah melayu
  25. kesan sosial politik darurat penduduk tanah melayu

Ahad, 2 November 2008

soalan spot bagi pengajian am 2 (esei)

ni tajuk yang dispot akan keluar.....buat penekan pada tajuk ini........

RAMALAN 1
SOALAN
Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita. Pelbagai jenis blog wujud di alam maya, ada blog yang cenderung kepada kebaikan dan tidak kurang pula yang membawa kepada keburukan. Bincangkan kebaikan dan keburukan kewujudan blog dalam konteks negara kita Malaysia.


RAMALAN 2
SOALAN
Gejala rasuah kian berleluasa dan semakin membimbangkan penduduk di negara kita kerana kesannya amat teruk kepada kesejahteraan negara serta keharmonian masyarakat. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi gejala rasuah di Malaysia.


RAMALAN 3
SOALAN
Masalah sosial yang paling kritikal dan hangat diperkatakan ialah masalah keganasan rumah tangga. Bincangkan punca-punca berlakunya masalah.


RAMALAN 4
SOALAN
Barah payu dara bagaikan pembunuh nombor satu wanita pada abad ini. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penyakit berbahaya ini.

RAMALAN 5
SOALAN
Malaysia merupakan antara sebuah negara membangun yang berjaya melaksanakan misi penerokaan angkasa lepas. Pada pendapat anda, apakah kepentingan misi ini kepada negara kita.

RAMALAN 6
SOALAN
Setiap kali menjelang hujung tahu kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan mengalami banjir. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.







mari study soalan spot..........

SALAM.....
hari ini saya ingin nyatakan soalan spot bagi subjek syariah 1.....
Dibawah ini adalah tajuk yang perlu diberikan penekanan ataupun dengan kata lain soalan spot STPM 2008.....

  1. MUAMALAT (soalan wajib)
  2. GADAIAN
  3. IJARAH/SEWA
  4. WASIAT
  5. MUDHAROBAH
  6. TAKAFUL
  1. MUNAKAHAT (memilih jodoh)
  2. MAHAR
  3. PENYELESAIAN NUSYUZ
  4. ZIHAR
  5. TALAK
  6. IDDAH
  7. POLIGAMI
  8. QISAS
  9. KAFARAH
  10. MINUM ARAK
  11. ROGOL DAN LIWAT
  1. ISTIHSAN
  2. ALSUNNAH
  3. ALUMUR BIMAQASIDUHA
  4. AL-HAKIM DAN HUKUM
Semoga soalan spot ini dapat membantu anda study dengan baik..gempak stpm 08.

Jumaat, 31 Oktober 2008

salam...
peperiksaan semakin hari semakin dekat.....
insya-ALLAH dalam masa yang terdekat ini saya akan masukan soalan ramalan yang bakal keluar tidak lama lagi....
insy-ALLAH sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress anda semua.....
pesanan saya kepada bakal yang mengambil STPM janganlah terlalu stress dan study keterlaluan kerana banyak negatifnya.....
gunakan pendekatan study yang bagus dan relaks....dalam erti kata lain jangan terlalu gopoh....
insya-ALLAH kejayaan pasti tercapai.......

Sabtu, 2 Ogos 2008

maklumat pemilik blog:

bagi anda yang ingin menempah sebarang nota atau soalan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai blog ini boleh lah menghubungi saya:

no tel:0139007346
alamat:26 A,kg gelam mas
,jalan keluang,
22200 besut ,
terengganu darul iman

setiap langganan adalah RM 3 sahaja...
setiap langganan yang ingin ditempah adalah mengikut subjek dibawah:

  • pengajian am
  • sejarah
  • bahasa arab
  • usuludin
  • syariah
  • ekonomi
setiap langganan akan menerima:
  • 20 soalan beserta jawapan
  • nota(mengikut tajuk yang diingini)
  • berserta maklumat soalan stpm 2008... jangan lepaskan peluang ...bersama gapai impian menuju kecermerlangan.....

soalan spot percubaan bahasa arab 2008

sebagaimana yang kita tahu peperikasaan percubaan stpm sudah menghampiri kita....diantara tajuk yang dijangka keluar ialah:

bahagian nusus/sastera arab:


A)SYAIR


TARIKH ADAB:
  1. KHOSOIS SYAIR ARABI/KEISTIMEWAAN SYAIR ARAB-ZAMAN JAHILI
  2. AL AHZAB AL SIASAH WALFAROQ ALDINIAH/JENIS-JENIS POLITIK -ZAMAN AMAWI
  3. MAUDUT ALSYAIR AMAWI/FUNUN MUTAJADIDAH/KESENIAN DIPERBAHARUI-ZAMAN AMAWI
  4. ALBAIH SAKOFIAH-ZAMAN ABASI
TAJUK SYAIR:
  • KARAMU WANAJDAH/KEMULIAAN DAN PERTOLONGAN-ZAMAN JAHILI
  • FI AL HAMASAH/DALAM SEMANGAT-ZAMAN AMAWI
  • FI AL ROSAK/DALAM RATAPAN-ZAMAN ABASI
NASAR

TARIKH ADAB:
  1. DAKWAI ALKITAB FI ASORI

TAJUK NASAR:
  • MAN AINA LAKA HAZA
  • RISALAH ABD HAMID AL KATIB
  • SODAQAH WASHUK
BALAGHAH

  • AL TASHBIH
  • HAKIKOH WALMAJAZ
  • ADROBUL KHOBAR
  • A'LIMU BADIQ
  • AL QASRI
  • AL IATI'AROH
para pelajar disarankan merujuk kepada soalan TOV....
soalan peruncingan diatas adalah berdasarkan negeri terengganu....
namun begitu kemungkinan soalan yang sama adalah 50% mengikut negeri.....

pengenalan

Assalamualaikum semua,
terutamanya buat teman-teman perjuangan stpm 2008.......
dalam blog ini InsyAllah saya akan berkongsi dengan anda semua tentang soalan- soalan yang lepas dan yang akan tiba tidak lama lagi.......................
dalam blog ini juga saya akan cuba akan memuatkan nota-nota dan perkara-perkara yang berkaitan dengan subjek stpm..............
anda juga boleh menempah nota atau soalan kealamat ini dan caj juga mungkin dikenakkan:

bank soalan stpm,
26 a,kg gelam mas ,
jalan keluang,
22200 besut ,
terengganu darul iman.

diantara subjek yang dibincangkan dalam blog ini:
  • pengajian am
  • sejarah
  • bahasa arab
  • syariah
  • ekonomi
  • usuludin

semoga dengan adanya blog ini mungkin dapat membantu anda mencapai kejayaan dalam stpm kelak........